Wednesday, December 30, 2009

~ Tragedi ~

Tajuk poyo giler..
Kat opis, hangat jugala citer ni..pasal tragedi bas dua tingkat tu kan..
takziah pada keluarga mangsa

Pagi tg bc paper berita harian. Baca artikel dari pembaca
'pandu malam bukan fitrah insan-dari pemandu siang'
bila baca komen dia..saya setuju 100%..sb dlm artikel, beliau mengatakan..
memang sudah ALLAH tetapkan siang utk bekerja dan malam adalah utk berehat(tidur) n beribadat padaNya.
Setinggi mana teknologi atau kaedah yg manusia cipta masih tak boleh nak lawan apa yg telah ditetapkanNya.
beliau kata lagi, tiada ubat yg boleh hilangkan mengantuk..sbnya, ubat mengantuk adalah TIDUR.


Bila saya bc, saya terdetik dlm hati.. memang betul..



~Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui~

Tuesday, December 22, 2009

~ AVATAR ~


A MUST WATCH MOVIE!!!!

serius..korang suma g tgk cite ni..
best giler..
grafik, animasi, jln cerita sgt2 menarik..
action+romance+sedey2..complete..

mgu lepas g tgk..tapi x tgk yg 3D..
tapi boleh pulak my fiancee tdo..???
katenya, 'skang ni klu masuk dlm air cond je mest ngntuk..haiyaa..
x pelah, maafkan beliau..hehe..sb tunang pun x minat sgt tgk movie2 ni..
saya?giler+obses..suma citer minat..korea, japan, chinese, tamil, hindustan, mat salleh(terutama), melayu..
pas ni kena wat listed movie yg harus ditonton..

haa..tunggu apa lagi..angkat punggung g wayang skang...(~^)

*pandangan dari saya..mgkin yg lain x minat citer2 mcm ni..lain org lain minat..

Monday, December 21, 2009

~ Tajuk? x tau nak letak ape.. ~

Hari pertama keje..sgt penat wlupun mgu ni training je..duk dgr ceramah pun penat juga kan? ;)
maybe sb dah lama x keje yg ikut opis hour ni..tu yg badan agak baru nak terima..

weekend lepas menjalan sesi hunting utk mencari barang hantaran..deco2 brg hantaran..g kat KK home deco kat mitc tu..dgn kedai belakang dia..apatah nama kedai dia.. barang2 memang ok cuma part bunga tu susah betul nak carik.. bila time wat tema purple ni la saya tgk bunga kaler lain lagi cantik..seriuss...kat KK home decor tu, bunga pink dia cantik2..bila time wane purple..alahai...cam pudar semacam jek..sebab saya dah beli main bunga warne putih, so saya nak cari bunga2 kecik wane purple yg pekat skit.. takat ni belum jumpa lagi..

Huargghh..sgt penat..oklah, ada masa sy update..skang nak tgu bakal FIL&MIL dtg rumah utk tetapkan tarikh..*tarikh dah tetap, cuma sj nak bincang2 final n official..:)*

~skang sgtla pening pk bila nak g kusus kawen nihhh....

Tuesday, December 15, 2009

~ JJ baru ada bom? ~

Aisehhh..JJ baru meletop pulak..hmm.. ada bom..
sape la yg sabotaj ni...?
Gagal misi utk pergi serbu hari khamis ni....
(~^)

Monday, December 14, 2009

~ Aktiviti Sabtu n Ahad ~

Aktiviti Sabtu n Ahad?
g org kawen..
member sekolah kawen
Jumaat mlm, g rumah anis(seri tanjong) tgk dia nikah. Saya duk luar je sb rumah dah penuh dgn org2.. Ramai yg dtg sb anis ni anak sulung...
Esok nya, g kenduri pulak.. tapi x sempat nak jumpa..
Gambar adalah masa mlm nikah..




part penyerahan anak..*biasa memang org akan nangis*
nant kawen, xnak baca boleh x? ngeee~

anis with her hubby

muka saya gelap ok..sb mgu lepas g bercuti kat pangkor..hehe



Habis g kenduri anis, g pulak kenduri iena..actually x rancang pun nak g kenduri iena sb x tau rumah dia kat mana n x de member..kebetulan member saya(arip) call..apa lagi..join la same2 g rumah iena.. x sangka dia masih ingat lagi kat saya sb kitaorg x sama kelas..:)

me+arip dengan pengantin


Ahad pulak g rumah hasz hamid..all the way dari melaka ke puchong.. Dah sampai sana sempat jumpa pengantin, masa tu dia kira baru lepas nikah la.. sibuk nau borak2 dgn pengantin, skali mak pengantin marah..hehe..yelah, pengantin sibuk2 duk kat luar.. saya suka btl baju sanding dia..tersangatla cantik..n memang kena dgn orgnya yg cantik..she absolutely gorjes!!!
Best sgt sb dapat jumpa kwn2 sek sharodz dulu..




pengapit yg rock..haha~
(our gossip girl)







*semua gambar adalah hakcipta terpelihara myzpurple.blogspot.com..

Tuesday, December 8, 2009

~ Service kete n JJ Baru ~

2,3 hari ni sgt sibuk..

Pagi td g servis kete. 2nd sevice.. service kali ni yg saya g lagi bagus dari 1st service ari tu.. Sb hari tu saya g service kat batu berendam (caw.proton service), agen kete saya tu la yg promote tmpt ni. Yg saya g hari ni ialah service center proton(bukan caw. Memang proton punya..setiap negeri ada satu service center).. Yg ni pun saya tau sb proton i-care inform kat saya. Dia kata lagi bagus g service kat center sb nant bila timbul masalah nak claim waranty, biasanya caw.proton ni x nak amik sb x nak tanggung risiko. So last2 nant, caw ni tolak juga kete kat center.. So, klu x nak jadi masalah..terus service je kat center..
* hanya makluman nak di kongsi bersama.....

Takat ni kete saya x de masalah..cuma pernah sekali enjin x nak hidup.. Nasib baik masa tu kat rumah..watnya kena kat tgh jln @ highway..maunya kelam kabut.. Abah saya cal proton i-care, so technican dia dtg..godek2 apa ntah, n akhirnya start juga kete tu..katanya seting ada lari skit..ekkk..boleh eh mcm tu?saya ni bukan tau sgt pasal kete.. hehe.. En.technican ni la yg inform pasal service center ni..klu x, saya pun x tau..

Alhamdulillah, pas tu x de lagi berlaku kejadian mcm tu..Cuma skang ni kena maintain jaga kete.. Sayang wooo kete saya ni..maklumla, kete first kan.. nak simpan duit beli kete besar skit...(^^)

Otw alik, jumpa la sign board BAIKKK punya.. Haha..saya sebagai wanita memang teruja nampak benda ni.. JAYA JUSCO baru akan buka pada 17 DISEMBER ni..Yuhooo...Memang x sabar dah nak g tgk.. Tapi konpem, mest jln jem nant.. Boleh la beli barang hantaran utk tunang.......


Saturday, December 5, 2009

~Buntu~

Lama x update blog ni..sb x de ape2 progress terbaru tntg kawen.. cuma skang ni tgh hunting utk beli brg hantaran..tp x tau beli ape dulu n apa nak mula dulu..mcm blur2 lagi..hehe.. Brg hantaran sy x byk sgt nak beli, tp brg hantaran utk tunang sy ni.. x lama lagi nih, lagi 5 bulan je..nak wat hantaran lagi..dah la nak d.i.y sendiri brg hantaran tu..ada kelam kabut nant..adoiii..cadar pengantin x beli lagi, baju nikah belum tempah, baju sanding lom g tgk lagi mana yg nak, kad kawen???
alamak..kad kawen ni pntg ni..nak tempah ke nak d.i.y.?..wuaaa........x tau nak wat apa skang ni..daku buntu...

Tuesday, November 24, 2009

~hepi besday~

Hari ni besday tunang saya.. Saya buat kejutan utk dia..sb x de bajet nak bg hadiah mahal2.. saya bg yg ni....
saya g kedai bunga..pilih2 mana yg saya berkenan..akhirnya sy amik coklat ferrero rocher 15 biji + bunga ros sekuntum..suruh org bunga tu hantar kat tmpat keje dia..hehe..

tapi ada masalah skit masa dia nak dapat tu sb tmpat keje dia ni bhgn teknikal, jadi opis dia jrg ada org..guard pun xde, kerani lagila x de..jadi saya call suruh dia g opis dia jumpa org delivery tu.. Dan, tunang saya sgt terharu..yesss!!! katanya, sayang nak makan coklat tu..nak simpan..hehe..sgt comel..:)

Walaupun biasanya org lelaki yg bg bunga kat perempuan, tapi x salah kan..perasaan gembira ni lebih dari yg saya rasa klu saya bg dia hadiah..sepatutnya saya letak 3 kuntum bunga sempena 3 thn saya dgn dia..tapi ntah mcmane pulak terlupa..

Ok..update pasal kawen pulak..
hari tu tunang saya bgtau saya yg majlis bertandang rumah dia maybe wat warna purple juga sb akak dia nak warna tu..(sy kawen skali dgn akak tunang)..mula2 memang frust jugala sb rumah sy wat warna purple, rumah dia pun sama..x byk variasi warna..:( tapi saya pk2 balik, x yah susah hati..klu rumah ni saya pki bj warna purple, rumah sana saya pki warna putih..x dela nant dlm gmbr dua2 majlis warna purple...:)




Sunday, November 22, 2009

~Renungan~

*saya dapat artikel dari member..dia email kat saya dah lama..sj nak kongsi dgn korg sume..*

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung
dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya
.. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4
org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata..

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Friday, November 20, 2009

~RE 4 , New Moon , Jabbawockeez~



Im currently addicted to this game!!!
dulu dah pernah main game ni 2,3 thn lepas klu x silap..
main mcm nak tercabut jantung sb game ni boleh thn juga seram ni..bnyk aksi mengejut..:)
skang ni main balik..suka main game ni..best giler..dpt rating paling highest kat gamespot.com masa mula2 kuar.. susah betul nak cari game yg mcm ni..
ala2 max payne n mob enforcer..<-- yg ni main kat komp..
skang kan teknologi dah canggih..main ps2 pulak.. klu dah main game ni maunya susah nak stop..sampai mak saya kata 'ni ke budak yg nak kawen lagi 6 bulan?'..haha.. yap..saya giler main game..x kira pc or ps2..
Lagipun hero dia cool betul dlm game ni..hehe



kredit utk owner..<-- fanmade poster
(amik dari google)



n..also addicted to twilight saga.. masa mula2 tgk kat wyg, saje je sb cite pasal vampire kan.. Tapi pas tgk tu..jatuh cinta pulak dgn jln cerita dia n of corse la kan..hero2 yg mengancam giler dlm citer ni..
Saya inform la kat twin sister pasal cite ni..dia pun mula minat juga..
Tgk citer ni kat umah dgn adik, dia pulak join minat..
semua ckp ' dapat pakwe ensem giler mcm ni..aku pun sgp jadi vampire..'.......
Skang ni x sabar2 nak tgk siri yg kedua pulak..new moon
n jacob is soo hot in this movie...haha..ayat gatal


Yg ni pulak..The Jabbawockeez..
best hot dancer yg unik bagi saya..
first jatuh cinta masa tu tgk american next top model kat youtube..dlm siri tu dia pgl jabba ni utk ajar model2 ni..so, start from there saya dah mula minat..search kat youtube n web tntg jabba..
suka betul tgk diaorg menari..smart.. paling best dlm realiti show ni(america best dance crew) ialah diaorg menari appologize n red pill..
tgk video diaorg kat cni dan cni