Wednesday, December 30, 2009

~ Tragedi ~

Tajuk poyo giler..
Kat opis, hangat jugala citer ni..pasal tragedi bas dua tingkat tu kan..
takziah pada keluarga mangsa

Pagi tg bc paper berita harian. Baca artikel dari pembaca
'pandu malam bukan fitrah insan-dari pemandu siang'
bila baca komen dia..saya setuju 100%..sb dlm artikel, beliau mengatakan..
memang sudah ALLAH tetapkan siang utk bekerja dan malam adalah utk berehat(tidur) n beribadat padaNya.
Setinggi mana teknologi atau kaedah yg manusia cipta masih tak boleh nak lawan apa yg telah ditetapkanNya.
beliau kata lagi, tiada ubat yg boleh hilangkan mengantuk..sbnya, ubat mengantuk adalah TIDUR.


Bila saya bc, saya terdetik dlm hati.. memang betul..



~Sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui~

Tuesday, December 22, 2009

~ AVATAR ~


A MUST WATCH MOVIE!!!!

serius..korang suma g tgk cite ni..
best giler..
grafik, animasi, jln cerita sgt2 menarik..
action+romance+sedey2..complete..

mgu lepas g tgk..tapi x tgk yg 3D..
tapi boleh pulak my fiancee tdo..???
katenya, 'skang ni klu masuk dlm air cond je mest ngntuk..haiyaa..
x pelah, maafkan beliau..hehe..sb tunang pun x minat sgt tgk movie2 ni..
saya?giler+obses..suma citer minat..korea, japan, chinese, tamil, hindustan, mat salleh(terutama), melayu..
pas ni kena wat listed movie yg harus ditonton..

haa..tunggu apa lagi..angkat punggung g wayang skang...(~^)

*pandangan dari saya..mgkin yg lain x minat citer2 mcm ni..lain org lain minat..

Monday, December 21, 2009

~ Tajuk? x tau nak letak ape.. ~

Hari pertama keje..sgt penat wlupun mgu ni training je..duk dgr ceramah pun penat juga kan? ;)
maybe sb dah lama x keje yg ikut opis hour ni..tu yg badan agak baru nak terima..

weekend lepas menjalan sesi hunting utk mencari barang hantaran..deco2 brg hantaran..g kat KK home deco kat mitc tu..dgn kedai belakang dia..apatah nama kedai dia.. barang2 memang ok cuma part bunga tu susah betul nak carik.. bila time wat tema purple ni la saya tgk bunga kaler lain lagi cantik..seriuss...kat KK home decor tu, bunga pink dia cantik2..bila time wane purple..alahai...cam pudar semacam jek..sebab saya dah beli main bunga warne putih, so saya nak cari bunga2 kecik wane purple yg pekat skit.. takat ni belum jumpa lagi..

Huargghh..sgt penat..oklah, ada masa sy update..skang nak tgu bakal FIL&MIL dtg rumah utk tetapkan tarikh..*tarikh dah tetap, cuma sj nak bincang2 final n official..:)*

~skang sgtla pening pk bila nak g kusus kawen nihhh....

Tuesday, December 15, 2009

~ JJ baru ada bom? ~

Aisehhh..JJ baru meletop pulak..hmm.. ada bom..
sape la yg sabotaj ni...?
Gagal misi utk pergi serbu hari khamis ni....
(~^)

Monday, December 14, 2009

~ Aktiviti Sabtu n Ahad ~

Aktiviti Sabtu n Ahad?
g org kawen..
member sekolah kawen
Jumaat mlm, g rumah anis(seri tanjong) tgk dia nikah. Saya duk luar je sb rumah dah penuh dgn org2.. Ramai yg dtg sb anis ni anak sulung...
Esok nya, g kenduri pulak.. tapi x sempat nak jumpa..
Gambar adalah masa mlm nikah..




part penyerahan anak..*biasa memang org akan nangis*
nant kawen, xnak baca boleh x? ngeee~

anis with her hubby

muka saya gelap ok..sb mgu lepas g bercuti kat pangkor..hehe



Habis g kenduri anis, g pulak kenduri iena..actually x rancang pun nak g kenduri iena sb x tau rumah dia kat mana n x de member..kebetulan member saya(arip) call..apa lagi..join la same2 g rumah iena.. x sangka dia masih ingat lagi kat saya sb kitaorg x sama kelas..:)

me+arip dengan pengantin


Ahad pulak g rumah hasz hamid..all the way dari melaka ke puchong.. Dah sampai sana sempat jumpa pengantin, masa tu dia kira baru lepas nikah la.. sibuk nau borak2 dgn pengantin, skali mak pengantin marah..hehe..yelah, pengantin sibuk2 duk kat luar.. saya suka btl baju sanding dia..tersangatla cantik..n memang kena dgn orgnya yg cantik..she absolutely gorjes!!!
Best sgt sb dapat jumpa kwn2 sek sharodz dulu..




pengapit yg rock..haha~
(our gossip girl)







*semua gambar adalah hakcipta terpelihara myzpurple.blogspot.com..

Tuesday, December 8, 2009

~ Service kete n JJ Baru ~

2,3 hari ni sgt sibuk..

Pagi td g servis kete. 2nd sevice.. service kali ni yg saya g lagi bagus dari 1st service ari tu.. Sb hari tu saya g service kat batu berendam (caw.proton service), agen kete saya tu la yg promote tmpt ni. Yg saya g hari ni ialah service center proton(bukan caw. Memang proton punya..setiap negeri ada satu service center).. Yg ni pun saya tau sb proton i-care inform kat saya. Dia kata lagi bagus g service kat center sb nant bila timbul masalah nak claim waranty, biasanya caw.proton ni x nak amik sb x nak tanggung risiko. So last2 nant, caw ni tolak juga kete kat center.. So, klu x nak jadi masalah..terus service je kat center..
* hanya makluman nak di kongsi bersama.....

Takat ni kete saya x de masalah..cuma pernah sekali enjin x nak hidup.. Nasib baik masa tu kat rumah..watnya kena kat tgh jln @ highway..maunya kelam kabut.. Abah saya cal proton i-care, so technican dia dtg..godek2 apa ntah, n akhirnya start juga kete tu..katanya seting ada lari skit..ekkk..boleh eh mcm tu?saya ni bukan tau sgt pasal kete.. hehe.. En.technican ni la yg inform pasal service center ni..klu x, saya pun x tau..

Alhamdulillah, pas tu x de lagi berlaku kejadian mcm tu..Cuma skang ni kena maintain jaga kete.. Sayang wooo kete saya ni..maklumla, kete first kan.. nak simpan duit beli kete besar skit...(^^)

Otw alik, jumpa la sign board BAIKKK punya.. Haha..saya sebagai wanita memang teruja nampak benda ni.. JAYA JUSCO baru akan buka pada 17 DISEMBER ni..Yuhooo...Memang x sabar dah nak g tgk.. Tapi konpem, mest jln jem nant.. Boleh la beli barang hantaran utk tunang.......


Saturday, December 5, 2009

~Buntu~

Lama x update blog ni..sb x de ape2 progress terbaru tntg kawen.. cuma skang ni tgh hunting utk beli brg hantaran..tp x tau beli ape dulu n apa nak mula dulu..mcm blur2 lagi..hehe.. Brg hantaran sy x byk sgt nak beli, tp brg hantaran utk tunang sy ni.. x lama lagi nih, lagi 5 bulan je..nak wat hantaran lagi..dah la nak d.i.y sendiri brg hantaran tu..ada kelam kabut nant..adoiii..cadar pengantin x beli lagi, baju nikah belum tempah, baju sanding lom g tgk lagi mana yg nak, kad kawen???
alamak..kad kawen ni pntg ni..nak tempah ke nak d.i.y.?..wuaaa........x tau nak wat apa skang ni..daku buntu...

Tuesday, November 24, 2009

~hepi besday~

Hari ni besday tunang saya.. Saya buat kejutan utk dia..sb x de bajet nak bg hadiah mahal2.. saya bg yg ni....
saya g kedai bunga..pilih2 mana yg saya berkenan..akhirnya sy amik coklat ferrero rocher 15 biji + bunga ros sekuntum..suruh org bunga tu hantar kat tmpat keje dia..hehe..

tapi ada masalah skit masa dia nak dapat tu sb tmpat keje dia ni bhgn teknikal, jadi opis dia jrg ada org..guard pun xde, kerani lagila x de..jadi saya call suruh dia g opis dia jumpa org delivery tu.. Dan, tunang saya sgt terharu..yesss!!! katanya, sayang nak makan coklat tu..nak simpan..hehe..sgt comel..:)

Walaupun biasanya org lelaki yg bg bunga kat perempuan, tapi x salah kan..perasaan gembira ni lebih dari yg saya rasa klu saya bg dia hadiah..sepatutnya saya letak 3 kuntum bunga sempena 3 thn saya dgn dia..tapi ntah mcmane pulak terlupa..

Ok..update pasal kawen pulak..
hari tu tunang saya bgtau saya yg majlis bertandang rumah dia maybe wat warna purple juga sb akak dia nak warna tu..(sy kawen skali dgn akak tunang)..mula2 memang frust jugala sb rumah sy wat warna purple, rumah dia pun sama..x byk variasi warna..:( tapi saya pk2 balik, x yah susah hati..klu rumah ni saya pki bj warna purple, rumah sana saya pki warna putih..x dela nant dlm gmbr dua2 majlis warna purple...:)




Sunday, November 22, 2009

~Renungan~

*saya dapat artikel dari member..dia email kat saya dah lama..sj nak kongsi dgn korg sume..*

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya
terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya
perlu taat kepada suaminya.
Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau
buat tak
baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun
begitu isteri boleh membantu.. Haram bagi
suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti
gunung
dengan semut.. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang
ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.
Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.. Begitulah
kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari
suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak..


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada
pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat
yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar
bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi
lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya
.. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki
menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak,
seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya
ditanggung oleh 4
org lelaki ini
:
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga
yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa
perlu mengangkat senjata..

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang
lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa
disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya. ..supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang
mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu
berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu
bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Friday, November 20, 2009

~RE 4 , New Moon , Jabbawockeez~



Im currently addicted to this game!!!
dulu dah pernah main game ni 2,3 thn lepas klu x silap..
main mcm nak tercabut jantung sb game ni boleh thn juga seram ni..bnyk aksi mengejut..:)
skang ni main balik..suka main game ni..best giler..dpt rating paling highest kat gamespot.com masa mula2 kuar.. susah betul nak cari game yg mcm ni..
ala2 max payne n mob enforcer..<-- yg ni main kat komp..
skang kan teknologi dah canggih..main ps2 pulak.. klu dah main game ni maunya susah nak stop..sampai mak saya kata 'ni ke budak yg nak kawen lagi 6 bulan?'..haha.. yap..saya giler main game..x kira pc or ps2..
Lagipun hero dia cool betul dlm game ni..hehe



kredit utk owner..<-- fanmade poster
(amik dari google)



n..also addicted to twilight saga.. masa mula2 tgk kat wyg, saje je sb cite pasal vampire kan.. Tapi pas tgk tu..jatuh cinta pulak dgn jln cerita dia n of corse la kan..hero2 yg mengancam giler dlm citer ni..
Saya inform la kat twin sister pasal cite ni..dia pun mula minat juga..
Tgk citer ni kat umah dgn adik, dia pulak join minat..
semua ckp ' dapat pakwe ensem giler mcm ni..aku pun sgp jadi vampire..'.......
Skang ni x sabar2 nak tgk siri yg kedua pulak..new moon
n jacob is soo hot in this movie...haha..ayat gatal


Yg ni pulak..The Jabbawockeez..
best hot dancer yg unik bagi saya..
first jatuh cinta masa tu tgk american next top model kat youtube..dlm siri tu dia pgl jabba ni utk ajar model2 ni..so, start from there saya dah mula minat..search kat youtube n web tntg jabba..
suka betul tgk diaorg menari..smart.. paling best dlm realiti show ni(america best dance crew) ialah diaorg menari appologize n red pill..
tgk video diaorg kat cni dan cni

Wednesday, November 18, 2009

~Update...~

Akhirnya boleh update blog saya ni..ape ntah adik ku godek2 kat laptop ni..harap2, sampai bila2 la boleh update..tapi satu masalah pulak..x leh buka comment yg wat pop-up window..mcm2 la..terpaksa tukar setting balik yg lama..haihhh..

Lagi 6 bulan jek..apa pun x prepare lagi..kusus kawen x g lagi..ujian hiv ntah bila nak wat pun x tau..hantaran maybe bulan 12 ni kot..tgu sale..

Korang, masa paling ideal nak g tmpah baju nikah bila ek?majlis bulan 5, klu bulan 3 g tempah, sempat kan siap?


Monday, November 9, 2009

~Berita Tergempar~

Lama betul x update blog..Banyak betul yg berlaku dlm 3 mgu ni..
Actually ada berita tergempar yg nak share dgn korang sume..
.
.
.
.
Sebenarnya 23.10.2009 saya telah berkahwin..yap..serius..BERKAHWIN
Jgn kata kamu semua..saya lagi masih dlm keadaan 'x sedar'..haha..
perkara ni berlaku dlm sekelip mata. u never know what happen in ur life.
Ceritanya cam ni..

Memang rancang2 thn depan, bulan 5.
Pas tu, rezeki suami kena outstation di Jepun selama 1 1/2 thn bermula 2 Nov mgu lepas. Xkan nak tangguh lagi kan..lagipun, family boleh ikut skali.. Jadi, keluarga saya n keluarga suami telah berbincang..n keputusannya terpaksalah kawen awal sebab sy ikut suami g Jepun..:) wink wink

yap..jadi ada di Jepun skang ni..masih menyesuaikan diri dgn keadaan disini..
memang seronok..serius, best giller..(^^)


ok, majlis saya sederhana tapi sumanya ok..*mana taknya, honeymoon kat jepun tu*
Sorry, x dpt nak jemput korang suma..sebab tergempar kan..hehe
Oklah, supaya korang rasa x kecik hati..kat cni ada beberapa gmbr semasa majlis saya..
enjoy!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Haha...rupa-rupanya saya di alam mimpi yg tu suma.. Hanya fantasi bukan realiti..hehe..yaaa..i wish it come true..:)

Mana ada saya kawen..berangan je la tu nak g jepun..
Sebenarnya laptop saya bengong..x boleh sign in kat blog..klu x boleh sign in, dah tentulah x boleh wat new post..jadi , tu yang blog saya x terusik.. x taula apa kena. nak comment org lain punya blog pun x boleh..baca je boleh..

so far, x de lagi progress terbaru tentang kawen..
ni pun kat KL duk umah sister, tu yg dapat online ni..esk dah alik Melaka, x de canla nak on blog ni..(T_T)

oklah..mana yg nak kawen tu, selamat buat persiapan kawen..mana dah kawen, selamat pengantin baru. Love u..

Wednesday, October 14, 2009

~Aku Yang Kebengangan~

Bengang betul aku dgn tenet ni..
Sebab aku x boleh nak komen blog org lain!!!
kotak komen tu x kuar2...haihhhh...
Ke laptop yg ada masalah?
Dulu kat blog sendiri pun x leh komen, terpaksala tukar setting ke 'pop up new window'
Susahla mcm ni..

Saturday, October 10, 2009

~Walimatul Urus Pn Kiree & Pn Azie~

Hari ni telah g kenduri kawen kawan blog..Pn Kiree & Pn Azie. Pergi dua org je (saya n tunang).
First, saya g umah kiree dulu. Sampai2 dalam kol 12. Jumpa juga dgn kiree akhirnya walaupun masa tu segan jugala..:)
Kiree, kamu sgt cantik. ;p

Cute kan?

berjumpa pulak dgn apis..kiree, photographer kita samala..:)



Hp x de flash..so gmbar gelap skit..
gelap2 pun kiree tetap cun

Selesai umah kiree, g kenduri azie. Sesat pulak tu..haha..Ntah berapa kali masuk keluar taman kat merlimau tu sebab dewan kawen azie x jumpa2.. Kenala tanya org..Nasib baik ada pakcik tu tahu kat mana dewan tu..:)
Apalagi, klu dah jumpa tu..harusla kan ada gambar..(^^)


me n azie

she is so gorjess



jeles dgn pelamin ni..cantik!!!






~
Gambar kiree x banyak sebab dtg awal, diaorg belum berarak lagi. Lagipun masa tu kiree tgh makeup lagi..X dapat tgk mr.casio secara life..hehe

Lauk pauk sgt sedap..rasa mcm x kenyang pulak..

Terima kasih dgn doorgift..:)

Korg kena pakai hadiah tu tau..
balut hadiah mcm budak darjah satu je..hehe

Ape2 pun best sgt sebab dpt jumpa korg berdua..Lepas ni boleh la kita hang out jumpa mkn2 ke..;p
Selamat Pengantin Baru kiree & azie Dari saya n tunang
Semoga Bahgia Ke Akhir Hayat




Pss...ada 'berita gembira' jgn lupa share..!!!

Thursday, October 1, 2009

~Takut~

Sangat bingung skang ni..otak tetiba jadi blurrr
Majlis kawen terpaksa ditangguh
Sebabnya g kursus selama 6 bulan, bertindih dengan tarikh 5.3.2010 tu
Bila tangguh, banyak benda kena pk
Kena pk tarikh baru pulak
Kena confirmkan balik dgn photographer
Actually baru je sms dgn org photog tu ckp nak postpone..tapi dia x balas lagik
Waaa..Apis, jgnla marah..klu boleh, lagi nak kawen cepat tapi nak wat mcmane..rezeki dapat g kursus
Kena bagitau mak andam jugak
~
Sebelum ni wedding ticker tu tgl lagi 5 bulan je..ni dah jadi 8 bulan
Sabar2..semua ni pasti ada hikmahnya
~
Nant pas abis kursus, nak kena pk lagi..apa nak buat?
Nak buka kedai makan la..jadi org bisnes
Ada sesiapa nak jadi penyumbang modal x?hehe

Sesungguhnya, saya amat takut memikirkan semua ni..about my future, my wedding..

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Permudahkanlah segala urusanku ini..

edit:apis dah call td..dia x marah..yey!!! dia kata boleh postpone tarikh kawen asalkan tarikh yg dipilih x de org book lg..

Friday, September 25, 2009

~Hari Raya Paling Best~

Hari raya paling best thn ni..memang seronok x terkata.. Walaupun akak saya balik raya ketiga sebab dia raya kampung belah mertua dulu, tapi x pe asalkan balik.. Pastu dapat kete baru hari jumaat(2 hari sebelum raya), memang raya sakan la kitaorg..hehe..

my family

harus ada bergambar dgn kete baru~

skang tgl 4 org anak dara(^^)



Hari raya ketiga jumpa pulak dgn ex sekolah rendah dulu..memang best betul diaorg ni..happening gila!! Datang rumah time tu mak abah g balik sabak bernam..punyala bersilat kat dapur tu masak bihun singapore utk diaorg..tu je masak bihun yg saya pandai..hiks~ Pas g rumah saya, kitaorg jln lagi g rumah member2 lain..ada 4 buah rumah x silap saya..

rumah ku....

paling suka gmbr ni..:)

Hari khamis-24 sept, kitaorg g main bowl pulak..tapi, time ni x ramai sgt..tapi, still happening. Umur je 24 thn, tapi perangai sume mcm budak2..hehe.. habis g main bowl, sempat lagi raya 2 buah member..ngee~ oklah, hari ni my honey bunny balik..yeay!!nak dating..
~gambar penuh kat facebook~

psst..thn depan raya dgn org baru..InsyaAllah

Saturday, September 19, 2009

~Selamat Hari Raya~

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf jika tersalah kata, kecikkan hati sesiapa shj yg membaca blog saya. Mana yg balik kampung, bawa kete baik2..
Yeaaayyy!!! Raya...

Wednesday, September 16, 2009

~Good News~

Saya ada berita gembira nak share dgn korang..

Firstly, tunang saya dapat tukar ke Melaka..yeay!!! Sabtu lepas dapat tau. Rupa2nya dia dah tau lama dah..dlm sebulan tapi dia rahsiakan..konon2 nak wat suprise..tapi x jadi..hehe :)
Dan bertambah excited lagi tunang saya dpt keje normal..tak de lagi keje shift..Sepatutnya 15 hb ni dia dah start keje cni tapi bos kat Johor minta tangguh sampai ujung bulan.. 1.10 baru start keje kat Melaka. Jadi raya pertama tunang saya kena keje kat Johor..hehe..sian dia..

Kedua, permohonan saya utk g kursus anjuran FIP telah termakbul..Syukur Alhamdulillah.. Start masuk 1.10 dan kursus selama 6 bulan.

So, klu 6 bulan maknanya 31.3.2010 baru habis kursus.. Hmmm..saya rancang kawen 5.3.2010.. Jadi saya ada dua pilihan, tangguhkan majlis ke awal bulan 4 atau saya kawen juga 5.3 tu.. Ape2 pun saya nak call dulu org yg uruskan kursus ni..nak tanya boleh x amik cuti nant..*nak juga tu kawen bulan 3*

Ketiga, kete saya InsyaAllah dapat minggu ni..maknanya sebelum raya.. Tapi yg x bestnya, saya dpt kaler hitamm..:(
x berapa excited sebab? ayah saya pun kaler hitam.. dah la keta pun sama brand..kaler pun sama.. Boleh je klu nak tgu kaler yg saya nak, tapi kena tgu pas raya.. Memikirkan keadaan nak raya nant susah nak bergerak sebab ada satu kete je, jadi saya pun amik juga.. wuaaaa..x pat kaler purple sayaa......T_T
Tapi dah wat perjanjian dgn agen proton tu, klu kete x dapat gak sebelum raya ni..saya cancel jek.. Saya tgu je kete purple saya tu..

ok tu je..(^^)

Saturday, September 12, 2009

~Mak Andam~

Yeay..satu lagi persiapan kawen dah setel..saya sudah book mak andam..siapakah beliau? Tentulah Kak Wiwin..:) sila rujuk entry disini

Two thumbs up saya bagi kat beliau kerana peramah n sgt profesional.. Masa datang tu ada sepasang bakal pengantin tgh bincng dgn beliau pastu barulah giliran kitaorg. Akak ni memang best sebab pelamin yg latest2 InsyaAllah dia boleh buat. Tekan kat link atas tadi, tulah pelamin idaman saya tapi x taula nant nak yg lain pulak..(^^)

Yg best lagi, akak tu tgh siapkan baju baru warna purple-sesuai dgn tema saya..jadi akak tu kata saya boleh pakai baju baru tu..uiiiii...sgt seronot.. Lagipun dia kata baju yg dia wat boleh pakai 2 alam *bermakna yg pakai tudung pun boleh pki, yg x pakai tudung pun boleh pakai*

Dah bincang2 tadi, saya bayar deposit dulu tapi tarikh x confirm lagi sebab tgu keputusan kursus dari FIP mgu dpn..hopefully saya x payah tangguhkan majlis kawen saya sebab saya dah book photographer pada 5.3.2010..

Service akak ni pun bagus sebab beliau siap bagi pendapat lagi mcmana nak menyerlahkan lagi majlis tu.. X sabar nak kawennnn!!! Skang x leh puji lebih2 sebab belum terbukti sepenuhnya lagi..kena tgu sampai kawen, baru boleh comment lebih2..:)

Kepada lia akma, rasanya tudung nikah ada kat ariani sebab tadi g sana tgk2 tudung. Mahal tu memang mahal la. Cuma nasihat saya, klu beli pastikan tudung tu boleh guna utk event lain. Jgn jadi mcm saya..sebab masa saya tunang dulu saya beli anak tudung ariani n selendang ariani. Anak tudung ariani tu x de masalah sebab saya boleh pakai dlm rumah bila sedara2 dtg..tapi selendang? Saya bukan jenis yang pakai selendang jadi sampai skang saya x pernah guna lagi selendang tu..membazir kan?

Thursday, September 10, 2009

~Sangat Hepi Hari Ini~

Hari ni sgt gembira..sebab?

Hari ni jumpa my honey bunny..:)
Puasa2 g dating..x elok kan..hehe
Dia sampai melaka central saya amik pas tu anta dia kat rumah, pakai kete dia pulak sebab kete, mak nak guna bw alik kmpg..*bila kete saya mahu sampai niih...*

G Jaya Jusco, jalan2 cari barang raya..masuk kedai Vincci ingat nak tengok2 je..skali terbekenan dgn satu kasut ni..ada dua kaler best..satu purple n satu lagi white cream..dah konpius dah masa tu..dua2 lawa..last2 amik white cream...tapi kan, sgt rasa membazir sebab ape???

About a week ago, saya baru je beli kasut baru..hmm~ni g beli lagi..hehe..terbang duit..
Pas tu ckp la dgn my fiancee, x nak beli baju sebab dah beli beg duit mgu lepas.. Tapi sume itu hampeh..saya beli juga satu baju..nasib baik beli baju tu ada ofer RM15..hehe..

Nak g Ariani x sempat sebab dah lambat..katanya ada sale..nama pun ladies kan..pantang dgr ada sale, mest nak pergi..(^^)
Insaf dah pas ni..x nak membazir dah...

~Hari ni dah 10/9..masih tiada jawapan lagi tentang permohonan saya nak g kursus FIP tu..

Monday, September 7, 2009

~Dari KL ke Melaka~

Poyo jek tajuk kali ni kan? hehe
Hari senin masa 31 Ogos tu saya g kl ikut kembar..nak jalan2 kat cna sambil cari barang utk kawen. Tapi yang nak diceritakan di sini adalah masa alik dari kl ke melaka*penagalaman dlm bas*.

Bas yang saya naik tu penuh jugala walaupun masa tu hari rabu. Tapi yang memenuhkan bas tu banyak mat saleh. Dah duduk2 dlm bas*seat kat belakang*, saya terpandang la satu beg ni ada minah india ni bawa, dalam dia ada teddy bear. Cakap dlm hati mest boyfriend dia bagi ni..sayang sgt sampai bawa g mana2..


Tetiba, teddy bear tu bergerak..Eh??saya jadi pelik+hairan. Minah ni bawa kucing ke?tapi x kan besar sgt kucing tu? Rupa2 nya?.....
Dia bawa anjing..huiks~ terkejut jap..belum habis terkejut, nampak lagi sekor anjing warna putih dalam beg tu. Maknanya ada 2 ekor anjing..hah?? Masa tu hati x sedap dah..nak cakap dgn driver bas tu, takut..jadi diamkan jela..

Pas tu bila bas dah jalan, korang tau apa dia buat? dia kuarkan anjing tu dari beg.satu dia pegang, satu lagi member sebelah dia pegang..saya ckp dlm hati-ni dah lebih minah ni..geram~

Masa tu rasa cam nekad je nak g bgtau driver bas tu, x pun sound je depan2 minah ni. Tapi masa tu saya konpius juga sebab ingatkan diaorg ni dari luar negara ke..tapi mcmane leh bawa anjing pulak naik kapal terbang kan?sebab klu org malaysia, x kan x tau sensitiviti org Islam? Public Transport tu.. Tapi akhirnya, saya hanya berdiam diri jek..hehe..x berani nak g report..

Bila dah masuk melaka, minah 2 org ni turunla kat mana ntah*x ingat nama tempat*. Dan kali ni saya konpem dia org malaysia sebab org yang ambil minah ni pakai kete waja. Tapi kan klu saya report kat driver bas tu pun x taula dia layan ke x sebabnya? driver bas ni pun india sama dgn minah 2 org ni juga..dlm bas tu pun x ramai yg melayu..adala 2-3 org je..diaorg pun x perasan sebab duk depan..

Geram!!..klu dia letak je anjing tu dalam beg, ok lg la walaupun dia x sepatutnya bawa kan..ni siap g belai2 lagi..hmmm..klu ko bawa kucing ke..rimau ke..cicak ke..xde la saya kesah..ni dah tentu la binatang tu haram bagi kita ni.. hmm...geram betul....!!!
-tamat-

~saya ada mohon utk g kursus dari FIP..ada sape2 mohon x?doa2 kan saya dapat g kursus tu..
~adik saya UPSR esok..semoga dia dapat jawab soalan2 yg diberi..amin

Saturday, August 29, 2009

~Baju Nikah~

Bulan puasa sgtla sibuk..x de masa nak tulis ape2..lgpun x de progress terbaru tntg perkahwinan yg nak dikongsi bersama :) Cuma saya mahu tanya pendapat kalian tntg baju nikah.

Baju nikah saya akan tempah dan warnanya adalah putih*mcm warne wajib utk nikah je..hehe*

Baju nikah adalah kain satin dan dicover dgn kain chiffon ada manik2 putih. Apa yang saya nak tnya ialah, lepas nikah bila lagi saya nak pakai baju tu lagi eh? Klu nak pegi majlis org kawen, sesuai ke?


Apa lg eh event yg sesuai boleh saya pakai baju nikah ni..?

Saya cadang nak wat baju kurung sb klu wat kebaya ke..kurung moden ke..nant x pakai dah.. *sama mcm baju raya thn2 lepas*

Thursday, August 20, 2009

~Kem Salleh~

Sape tgk tv9 mlm tadi, angkat tgn..hehe..siaran gadis melayu??

Ok, bukan nak cerita pasal gadis2 yg masuk bertanding tu, tapi nak cerita pasal juri. Korang perasan x ada sorg juri nama Kem Salleh?

Dengan bangganye saya mengumumkan bahawasanya Kem Salleh itu adalah bapa saudara saya..hiks~ merangkap pak busu saya *adik bongsu arwah mak saya*

Tapi saya x delah rapat sgt2 dgn beliau sebab jarang jumpa tapi hari raya tiap2 tahun mest jumpa punyela *thn ni x dpt dah duit raya*

Ada sesiapa pernah pergi butik beliau x-Kapas Couture? Saya x berkesempatan lagi nak jenguk2 kat cna..

Pak busu saya ni pun wedding planner juga. Tapi saya x amikla dgn dia.. *bajet x de..hehe*

my sister+her hubby masa kawen 13.12..*yg pakai baju putih tu la pak busu kita*


Oklah, x de ape nak update pasal kawen. Pas raya nant baru on balik..:)

Wednesday, August 12, 2009

~Berita Gumbira~

Good News..gembira(^^)

1) Sudah book photographer utk kawen..yeayy..Apis from gambalawa.com.
2) Saya dapat tarikh yg saya mahu..5 Mac 2010(my birthday)
3) Loan kereta dah lulus..triple yeayy!!! <---paling excited

Sekarang tgu kereta sampai je..kereta apa? proton saga..hiks~ x de bajet nak beli kete mahal2. Buat permulaan, amik kereta yg mampu dibayar setiap bulan.. Ingat nak beli baju nikah skang ni sebab tgh sale kan sampai 31 Ogos. Tapi tunang cakap, x boleh sewa ke? saya rasa mcm lagi best tempah sendiri..bila saya ckp, baju nikah saya sponsor utk saya n tunang barulah tunang saya senyum.. Maklumlah dia dah banyak keluarkan belanja(wang hantaran+brg hantaran+cincin@gelang+etc) jadi biarlah saya sponsor baju nikah. Tgkla hari Khamis ni, survey2 dulu lah...

Wednesday, August 5, 2009

~Honeymoon~

Yeaa..topik paling besh skali..haks~

Adala juga bincang2 dgn tunang nak g honeymoon kat mana..skang ni pikir nak save bajet jek. Sebab lepas kawen byk nak kena guna duit.. Dengan hutang yg segala mcm nak byr.. Dah borak2 tu, aku ingat nak g pd.. Dekat skit dgn melaka, drive pun x jauh.. Leh amik hotel yg best2 *nak 5 stars hotel*. Pastu g main air laut, naik bot..main banana boat..diving..*kemaruk naik banana boat sebab baru sekali je pernah rasa*.. Tapi nak main banana boat kena ramai2 baru best.. Klu takat 2 org..hmmmm..x syok..

Pastu si tunang memberi cadangan g sunway lagoon..sebab ape?saya n tunang suka betul bab2 main air terutama g tmn tema air.. Tapi saya ckpla dgn tunang 'org honeymoon biasa g tepi laut, cameron highland ke, nak romantik..yg kita g sunway lagoon pulak'.. Hehe..cam klakar pun ada juga.. Nant org tanya, 'Hajar, honeymoon g mana?' ..Mau tergagap2 nak menjawab..:)

Skang ni belum decide lagi nak g mana. Nak g langkawi sebab x pernah lagi g sana. Nak g sabah, kena pk 2-3 kali sebab g cna bukan murah. Nak g luar dari malaysia cam Thailand or Indonesia takut pulak. Thailand n Indonesia ni mcm2 masalah ada. Buatnye hotel yg aku duk tu kena bom, mimpi ngeri la jwbnyer. Ditambah lagi dgn wabak selsema babi *semoga wabak ini cepat2 ilang* rasa lebih baik x yah honeymoon dulu.

Korang yg bakal2 kawen ni, g honeymoon kat mana?(^^)


Saturday, August 1, 2009

~Terima Kasih~

Time kasih kepada kalian semua yg memberi pendapat. Saya sgt2 menghargai. Dan saya membuat keputusan, saya akan nikah juga pada bulan 3. InsyaAllah ada rezeki lagi, saya akan sanding sekali lagi bulan 8..:) Mula2 saya terfikir juga apa yg Farhanna kate, org akan fikir -ve dulu..tapi saya fikir sedalam2nya, org klu memang nak mengata..x kirala kita buat baik ke, buat jahat ke..ada saje yg x kena. Klu saya nak jaga hati n fikiran semua org, saya yg merana. Org lain x kisah pun. Kita memang x kan dapat puaskan hati semua org dan kita tidak akan dapat semua benda yg kita mahu. Asalkan saya dan tunang menjadi suami isteri yg sah.. Itu yang saya mahukan. Itu yang saya idam2 kan. Ikatan yang sah. (^^)


Thursday, July 30, 2009

~Minta Pandangan Dari Kamu Semua..Plzzz~

Kalian sekelian..saya mahu minta pendapat..
Begini ceritanya.. Majlis saya akan berlangsung tahun depan, InsyaAllah Mac 2010. Pada mulanya kami(saya dan tunang) ingin mengadakan majlis 3 hari sekaligus memandangkan dia org melaka juga. Nikah-jumaat, sanding-sabtu, bertandang-ahad. Tetapi baru2 ini saya dikejutkan dengan satu berita..haha..Mula2 dgr cadangan ni mcm x boleh nak terima dan saya banyak mendiamkan diri *memikirkan apa keputusan harus saya buat*.. Ok, suspen tamat!!

.
.
.

Saya akan nikah dan sanding pada bulan Mac 2010 dan majlis bertandang pada bulan 8 2010 *kemungkinan*. Kenapa? InsyaAllah akak tunang saya akan berkahwin pada bulan tersebut jadi buat sekali majlis kami dan akak tunang. X kan bulan 3 kenduri pastu bulan 8 nak wat kenduri lagikan? wahh..Tunang saya x kaya ye..:) sebab tu bakal mak mertua bagi cdgn begitu.

Ok, mesti kamu kata 'kenapa x nak wat sekali masa bulan 8 tu kan..'
Jawapan saya, saya sudah gatal.. hahaha...Ini kerana :
~saya tidak sanggup mahu menunggu walaupun hanya 5 bulan
~saya selalu kuar dengan tunang jadi x mahu perkara yg x diingini berlaku
~saya tidak mahu bertunang lama2. Klu ikutkan hanya mahu 6 bulan tempoh shj. Klu bulan 8 sudah 1 tahun 2 bulan.. Ohhh..tidak..yang ini pun terlalu banyak dugaan nak dihadapi
~Kakak tunang berkemungkinan utk kawen bulan 8, tidak pasti sebab itu kakak tunang tidak mahu memberi harapan. Manala tahukan, klu saya ikut skali kawen bulan 8.. Tetiba majlis beliau ditangguhkan bulan 12 ke.. *nak tunggu 5 bulan pun saya x sanggup..ni kan pulak..*

Jadi disini saya mahu tanya pendapat kalian, lama x beza 5 bulan tu?agak2 ada org pernah buat x?saya pernah dgr la, tapi x lama.. Dalam 2~3 bulan beza.

Lagi satu persoalan saya, pengantin akan tidur di rumah mertua masa majlis bertandang.. Jadi dalam kes saya ni mcme pulak ek? Tidur juga ke?cam pelik je bila saya imagine..hehe

Saya bertanya pada mak saya dan beliau kata x kisah. Klu rasa diri tu dah x boleh thn, kawen je dulu. Rumah tunang x de majlis pun tidak mengapa. Dah halal senang, nak kesana kesini bak kate, nak kemana2 sekali pun, xkisah kan?org x pandang serong, org x mengata.*mak memang best..mcm tau2 jek anak dia dah gatal..hehe*

Pastu saya bertanya pulak kembar saya. Mula2 dia agak terkezut sedikit, tapi katanya..ok je. Dia memang seseorg yg memahahi.. :) Katanya housemate dia ada yg buat mcm ni, nikah bulan 8 thn ni, majlis bertandang bulan 12..

p/s: buatnye tetiba aku mengandung..mcmane ek? *dalam kepala sudah pikir lain..ada tips?~blushing~*

Jadi..pendapat kalian mcmane..???







Wednesday, July 29, 2009

~Another Bridal House~

Semalam telah berjaya survey satu butik pengantin. Sebenarnya nak g survey banyak2, tapi kesuntukan masa. Yang ni pun survey butik paling dekat dgn rumah. Lets review...

Butik D' Splendeur
http://dsplendeur.blogspot.com/
No 6-1, Jalan TMS 8
Taman Tanjung Minyak Setia
75250 Melaka

Tasha ~ 012-267 7885

Pakej A RM1000++
~sepasang baju bersanding L/P
~aksesori & bunga tgn
~tudung@layah
~1x makeup
~pelamin

Pakej B RM1500++
~sepasang baju bersanding L/P
~sepasang baju berinai
~3 persalinan
~aksesori & bunga tgn
~tudung@layah
~1x makeup
~pelamin

Pakej C RM1800++
~sepasang baju bersanding L/P *terkini*
~sepasang baju berinai
~aksesori & bunga tgn
~tudung@layah
~2x makeup
~pelamin fresh flower

Pakej D RM3000++
~sepasang baju bersanding L/P *terkini*
~sepasang baju berinai
~4 persalinan
~aksesori & bunga tgn
~tudung@layah
~3x makeup
~pelamin fresh flower
~arch
~alas nikah+set merenjis

Masa saya g ni, owner dia x de. Jadi saya jumpa pembantu dia je. X taula pelamin yang saya mahu boleh buat atau tidak..:) Tapi baju2 yang saya lihat masih x banyak n baju warne purple tak de pun kat ctu *yang ada songket x silap saya* tapi baju2 beliau boleh dikategorikan cantik juga. But her assistant said 'baju bagitau nak mcmane, owner boleh carikan sebab dia ada lagi satu butik kat kl'..Dia pun ckp baju2 diaorg x lah old fesyen sebab ikut peredaran di KL..(^^)
Dan satu lagi, butik ni juga menyediakan khidmat photographer *katanya masa shooting outdoor leh naik bot g pulau untuk tgkp gmbar..menarik kan?*
Silalah lihat blog beliau untuk contoh2 pelamin..


Oh ya, gambar di bawah ini sebenarnya nak letak kat entry yang lepas.. Tapi terlupa.

Baju dari Wiwin

Cantik kan?masa tgk baju ni tetiba rasa time tu juga nak tukar warne tema..hehe.. Tapi, whatever happen, purple, ungu, violet are always my crazy favourite..(~.^)

Ni alamat akak Wiwin
No.27, Tingkat 2
Jalan Laksamana
75000 Melaka
o19-659 1253
avivadiva_win@yahoo.com

Sunday, July 26, 2009

~Pameran Pengantin~

Ok..saya dah g pameran pengantin..walaupun x banyak butik2 n photographer, masih boleh lagi membuat pilihan. Kat cni, saya nak share sedikit info.

1)Mentari Kreatif
Ni pakej yg saya rasa sesuai dgn bajet saya, dia x bagi pemplet, jadi saya terpaksa tulis kat kertas supaya x lupa.
i-RM 1250
~pakaian sanding L/P
~1x makeup
~pelamin wrought iron (2 tiang)
~aksesori
tambahan jika
+RM200 utk makeup nikah n aksesori
+RM450 utk pelamin wrought iron 4 tiang
+RM400~RM450 utk kerusi mawi
+RM100 utk bunga tgn fresh flower

ii-RM 700 <-- yang ni saya tanya utk majlis bertandang
~pakaian sanding L/P
~ aksesori
~1x makeup
tambahan jika
+RM 700 utk pelamin

ini adalah contoh pelamin mentari kreatif


p/s: klu mahu backdrop yg mcm itu, kena tambah lagi duit yee..


ini contoh pelamin 4 tiang


2)ZNT Art n Decor
i-RM 1050
~pakaian sanding L/P
~1x makeup
~aksesori
~payung, kipas, bantal, bunga tgn
~pintu gerbang
~pelamin

ii-RM1650
~2 pakaian sanding songket/lace L/P
~3 persalinan P
~5x makeup
~aksesori
~payung, kipas, bantal, bunga tgn
~pintu gerbang
~pelamin

iii-RM2850
~2 pakaian sanding songket/lace L/P
~4 persalinan P
~6x makeup
~aksesori
~payung, kipas, bantal, bunga tgn
~set merenjis
~pintu gerbang
~pelamin
~jurugambar

iv-nikah RM450
~pakaian nikah lace L/P
~1x makeup
~aksesori
~bantal nikah

v-bertandang RM550
~pakaian songket/lace L/P
~1x makeup
~aksesori
~payung, kipas, bunga tgn

3)Cintahati Boutique
i-RM1500
~pakaian sanding L/P
~1x makeup
~aksesori
~bantal nikah
~kot n gown

ii-RM2500
~pakaian sanding L/P
~pakaian berinai
~6 pasang persalinan
~3x makeup
~aksesori
~payung, kipas, bantal, bunga tgn
~pintu gerbang
~pelamin (pahar n renjis)
~kot n gown

contoh pelamin dari cintahati boutique

4)Wiwin
Yang ni saya x sempat nak tulis pakej dia..saya just tanya harga pakej yang saya nak shj. Dan saya dapat ini
i-RM2000
~pakaian sanding L/P
~2x makeup
~aksesori
~payung, bunga tgn, bantal nikah
~pelamin
tambahan jika
+RM100 utk bunga tgn fresh flower
*nak jimat akak tu kate, buat sendiri*

ii-RM1000 <-- yang ni saya tanya utk majlis bertandang
~pakaian sanding L/P
~aksesori
~pelamin *sama mcm pelamin cintahati boutique*

Ni alamat akak Wiwin
No.27, Tingkat 2
Jalan Laksamana
75000 Melaka
o19-659 1253
avivadiva_win@yahoo.com

Sebelum ni memang jatuh cinta dgn mentari kreatif tapi dia hanya menyediakan pelamin wrought iron shj..n saya pulak nak pelamin yg kotak2 tu*yg warne putih*.. Jadi saya beralih arah ke Wiwin pulak. Akak ni makeup pun saya tgk cantik. :)
Saya mahu pelamin seperti ini :-




Ya..saya mahu pelamin seperti di atas..hehe..sungguh cantik. Akak Wiwin kata boleh buat dan saya sgt teruja.. Cuma klu guna kerusi mawi itu x tau sama ada available ataupun kena tmbah duit lagi. Disebabkan saya nak pelaim seperti itulah, harganya jadi RM2000. Jika tidah harga pakej ialah RM2500*ini kerana saya tidak ada malam berinai n saya tidak mahu acara tukar baju*.



Sedikit lagi gambar semasa di sana......

yang ni znt art decor x silap saya


minah dari luar negara, agakya terpesona melihat budaya disini


minah dari melaka..huiks~

entry sebelum ni saya wat pasal butik andaman juga..
check disini